Selasa, 2 Mac 2010

KONSEP "1 MALAYSIA" JANGAN DISEMPITKAN

immuslim memberi pendapat:
Salam Buat Saudara,
Saya mengimpikan satu impian iaitu “Satu Negara,Satu Bangsa (Negara Malaysia,Bangsa Malaysia), namun sejak kebelakangan ini, terdapat pula pihak yang seimpian dgn saya cuba menyelitkan isu kebebasan beragama. Kebebasan berugama yg dimaksudkan ialah kebebasan bagi umat Islam memilih agama yg ingin mereka anuti.
Pihak ini seolah-olah cuba atau mahu menjadikan satu kemestian,kewajiban bagi menjayakan “Satu Negara,Satu Bangsa” ini adalah dengan membenarkan hak kebebasan umat Islam memilih agama.
Bagi saya hal ini adalah amat sensitif & menyentuh hati & perasaan saya & sebilangan orang Islam.
Sebagai seorang yg pernah mengetuai sebuah gerakan Islam(ABIM) & mempunyai ramai kenalan dari kalangan tokoh2 pergerakan agama bukan Islam & NGO, baik di dalam dan luar negara, dapatlah kiranya saudara memainkan peranan dalam usaha menjayakan “Satu Negara,Satu Bangsa” tanpa melibatkan sensitiviti umat Islam.Doa saya sentiasa bersama usaha dakwah saudara.
immuslim,
sejak merdeka terdapat muafakat membentuk negara-bangsa. Hanya sagelintir yang mengamalkan faham perkauman sempit. Justeru itu kita perlu lebih proaktif dan tegas mempertahankan dasar bahasa, budaya dan negara untuk semua warga negara. Adalah tidak munasabah untuk kita berundur satelah satengah abad merdeka.
Gagasan bangsa Malaysia yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tidak bercanggah dengan langkah menggalak pengajian bahasa Cina, Tamil, Arab dan lain-lain. Begitu juga dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Umat Islam tidak harus mempertikai prinsip kebebasan beragama.
Beberapa isu khusus yang melibatkan umat Islam saperti murtad Perkara 121 (1A) dsbnya perlu ditangani secara berasingan di kalangan umat Islam.

Ahad, 31 Januari 2010

MEMAHAMI KONSEP 1 MALAYSIA


Inilah satu-satunya Malaysia yang ada. Kita tidak ada Malaysia yang lain. Marilah kita yang menjadi warganegaranya menjaga Malaysia dengan cara yang paling baik supaya negara kita tidak cacat dan tetap terpelihara.
Kita berbeza etnik, bahasa, warna kulit, agama dan cara hidup tetapi kita disatukan di bawah langit Malaysia dan sedang berdiri di buminya yang makmur. Demi Malaysia nan satu kita sanggup melupakan perbezaan untuk berkongsi nilai yang serupa iaitu kedamaian dan kemakmuran.
Kita hanya ada Malaysia yang ini. Buruk atau baik inilah negara kita.Kita tak perlu bangunkan Amerika yang kedua atau Thailand yang kedua di bumi tercinta ini. Cukuplah Amerika atau Thailand yang sedia ada. Di mana bumi Malaysia dipijak di situlah langit Malaysia dijunjung.Kita berbeza dalam banyak perkara tetapi kita berkongsi Malaysia yang satu. Di sinilah kita mencari rezeki, beribadat, belajar dan menikmati hidup dengan aman dan tenteram.
Di atas tanah Malaysia nan satu kita Satu Malaysia hanya ingin hidup aman, bahagia dan sejahtera. Tiada peperangan dan tiada kekacauan. Jika anda ingin berdemonstrasi dan membuat kacau ada harus mencari negara yang lain, bukan di Malaysia. Di situ anda boleh melakukan sesuka hati ikut undang-undang anda. Tetapi selagi anda di Malaysia, jangan. Kelak Satu Malaysia akan menolak anda.
Kita hanya ada Malaysia yang ini. Tak mungkin sama dengan negara-negara lain. Jika anda sukakannya anda boleh kekal di sini. Jika anda tidak sukakannya anda boleh keluar dari sini.
Kita boleh berbeza pandangan, tetapi kita tak boleh berpecah kerananya. Dalam perkara-perkara yang menyangkut tentang keselamatan dan kestabilan hegara, kita hanya ada satu pilihan, iaitu mesti bersatu.
Marilah kita mula mencari kelebihan dan menghimpunkannya kerana itu yang diperlukan oleh negara. Elakkan sindrom mencari salah para pemimpin kerana cara begini hampir tak berguna untuk negara.
Semangkuk kari adalah campuran daripada pelbagai bahan yang diadun dengan sempurna. Satu Malaysia hanya terbentuk apabila modal insan berkualiti bergabung dan menyokongnya.
Satu Malaysia mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian, bukan sebahagiannya.


SUMBER : BERITA HARIAN

Tentang saya

NAMA : MUHD HAFIZ BIN SUHAIMI
TARIKH LAHIR : 09-03-1996
HOBI : BERMAIN BATMINTON
CITA-CITA : PRAMUGARA
NAMA BAPA : SUHAIMI
NAMA IBU : FARIDAH
MAKANAN KEGEMARAN : CHICKEN CHOP
MINUMAN KEGEMARAN : AIR KELAPA
MOTTO : READING CAN MAKE WE BRILIANT