Selasa, 2 Mac 2010

KONSEP "1 MALAYSIA" JANGAN DISEMPITKAN

immuslim memberi pendapat:
Salam Buat Saudara,
Saya mengimpikan satu impian iaitu “Satu Negara,Satu Bangsa (Negara Malaysia,Bangsa Malaysia), namun sejak kebelakangan ini, terdapat pula pihak yang seimpian dgn saya cuba menyelitkan isu kebebasan beragama. Kebebasan berugama yg dimaksudkan ialah kebebasan bagi umat Islam memilih agama yg ingin mereka anuti.
Pihak ini seolah-olah cuba atau mahu menjadikan satu kemestian,kewajiban bagi menjayakan “Satu Negara,Satu Bangsa” ini adalah dengan membenarkan hak kebebasan umat Islam memilih agama.
Bagi saya hal ini adalah amat sensitif & menyentuh hati & perasaan saya & sebilangan orang Islam.
Sebagai seorang yg pernah mengetuai sebuah gerakan Islam(ABIM) & mempunyai ramai kenalan dari kalangan tokoh2 pergerakan agama bukan Islam & NGO, baik di dalam dan luar negara, dapatlah kiranya saudara memainkan peranan dalam usaha menjayakan “Satu Negara,Satu Bangsa” tanpa melibatkan sensitiviti umat Islam.Doa saya sentiasa bersama usaha dakwah saudara.
immuslim,
sejak merdeka terdapat muafakat membentuk negara-bangsa. Hanya sagelintir yang mengamalkan faham perkauman sempit. Justeru itu kita perlu lebih proaktif dan tegas mempertahankan dasar bahasa, budaya dan negara untuk semua warga negara. Adalah tidak munasabah untuk kita berundur satelah satengah abad merdeka.
Gagasan bangsa Malaysia yang menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi tidak bercanggah dengan langkah menggalak pengajian bahasa Cina, Tamil, Arab dan lain-lain. Begitu juga dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan. Umat Islam tidak harus mempertikai prinsip kebebasan beragama.
Beberapa isu khusus yang melibatkan umat Islam saperti murtad Perkara 121 (1A) dsbnya perlu ditangani secara berasingan di kalangan umat Islam.